Thursday, April 17, 2014

♥♥ Random Story ♥♥

Assalamualaikum...

hello bloggers ! lama kan tak update beloggg ni.. agak berkulat sudah.. so , aku nak update la nie.. sabaq naa. hoho.. hari ni aku nak cerita rambang.. aku nak story apa yang aku rasa nak story.. aku nak tulis apa yang terlintas kat kepala otak aku ni.. hahax ! :D

oh yeee ! aku dah naik sem 2 okee.. Alhamdulillah. results sem 1 okeyy :D and ni baru je habes cuti midsem.. cuti seminggu jee.. alahaiii.. aku nak cuti panjang lagi.. dah la nanti takda cuti panjang sebab aku kena ambik short sem.. kenapa aku kena ambik short sem ? sebab memang kena ambik laa.. haha.. fakulti aku je kena ambik.. tu yang jadi 3 tahun setengah je.. hehe

oh yaa ! sehari sebelum habes cuti midsem hari tu , family aku ditimpa musibah sedikit.. buat pertama kali kot aku alami benda ni.. ayah aku masuk wad dan doktor suspek jantung.. masa aku dapat call dari mama kata ayah masuk wad , otak aku taktau nak pikir apa sebab first time .. time tu aku ada kat rumah mid copy movie lepas hangout ngn mid and dayah . mama call cakap ayah masuk wad.. aku pun time tu taktau nak bagi reaksi apa.. gabra ada , gemuruh ada , nak jerit ada , nak sedih ada.. pendek kata semua ada laa.. bercampur-campur macam ABC.. hihi.. tapi Alhamdulillah .. ayah dah kua wad dah pun . tp kena proceed treatment kat IJN KL laa .. hope tak serius coz ILOVEMYFAMILY ! 

esoknya aku nak balik tu , sempat aku singgah kat hospital pagi tu sebab masa ayah masuk wad tu aku tak sempat pergi sebab dah malam.. so paginya sebelum naik bas singgah dulu.. masa nak balik tu macam biasa la aku salam ayah , peluk ayah , cium pipi ayah.. sempat aku kata "jaga diri" kat ayah dalam keadaan sebak. bukan sebak je.. hujan terus dah air mata.. and ayah pun sebak jugak.. mama jangan kata laa.. hujan jugak la macam aku.. hihi. like daughter like mom.. eh ?! haha.. tapi hati aku berat gak la nak balik hari tu tp nk buat macam mana kan , esoknyaa ada kelas.. kalau ikutkan hati nak je aku ponteng .. hmmm.. tapi yang penting ayah dah sihat siket.. itu yang aku nak.. and ayah dapat MC sebulan wooo.. hihi..

okeyy .. now stop story about my dad and family.. hihi.. 
ntah kenapa aku rasa sedih sangat hari ni.. hati aku rasa nak menjerit and menangis kuat2 nak lepaskan semua ni.. sebab apa ? ntah.. sakit hati ada.. terasa ada.. diabaikan ada.. terguris hati ada.. macam-macam laa. macam astro la yee.. hihi.. tapi aku kuatkan hati aku cakap biarkan je wanie.. you just be yourself.. if you dont like , you just keep quite.. lets people thinks negetive about you , lets people talk nonsense about you because you know that you have any others people that appreciate you more than they do :) yeahh.. itu yang aku pikirkan.. dan betul ! mereka ada bila aku perlukan mereka. mereka ada untuk hiburkan aku.. sebab mereka kenal siapa aku yang sebenarnyaa.. aku tak berpura-pura di depan mereka..

oh yeaaa !! hari ni ada seorang bestie aku ctea perkara yang aku rasa eksited pulak bagi dia.. hihi. apa dia ? secrets.. nnt akan tahu jugakk... bila dia ctea aku tumpang happy untuk dia walaupun aku tahu dia dalam dilema.. insaAllah sayang.. Allah akan berikan petunjuk yang terbaik untukmu membuat piliihan.. apa2 aku doakan yang terbaik untuk hang :))) hihi.. love you bestie :*

sudah la kan coretan hari ni.. banyak pulak bercerita.. awas ! stalker ada dimana-mana.. haha.. tetiba je kan. ahhh ! hihihihi.. see u again bloggers :*


Saturday, February 22, 2014

♥♥ Lonely kejap ♥♥

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah . Pejam celik pejam celik sudah masuk semester 2 . Kejap je rasa masa berlalu . Hmmm.. Results sem 1 ? Alhamdulillah :D hihi
How my life in semester 2 ? hmmm.. ntah la.. hihu.. terasa sunyi pulak. Mana tak nya . kolej kediaman ni ngada2 pulak rombak rumets. Kan dah susah untuk aku rapat balik ngn rumets. Kena take time tau . aku ni pulak jenis tak reti sangat nak mulakan perbualan. So , apa lagi . aku memang senyap je la dalam bilik buat hal aku . bosan korang tahu . hmmm L *down*



Wednesday, October 9, 2013

♥♥ Dunia Baru ♥♥

Assalamualaikum...

lamanyaa tak update blog nie.. sorry ! kekurang masa.. heee.. busy ngn study la katakan.. oke. lets start the story ! :D

Sedar tak sedar , dah sebulan lebih aku menetap di bumi Johor Darul Takzim nie.. Sudah sebulan aku teroka tempat baru nie * teroka la sangat kan * , sudah sebulan aku dapat kawan2 baru.. dan sudah sebulan aku tinggalkan bumi Taiping , Perak !

Macam mana tempat baru ? hmmm... not bad la.. memang la berbeza dari zaman matrik dulu. Bagi aku zaman matrik aku memang the best la.. semua bersama-sama. Ibarat satu family aku rasa. Zaman U nie ? hmmm.. agak kurenggg.. haha ! yela.. mahasiswa semua kan. semua nak bajet.. errr ! haha

bila dah bergelar mahasiswa nie memang semuanya lain.. yang best , kelas tak pack sangat macam kat matrik dulu. hehe. banyak giler gap dia.. haha ! suka suka ! ngeee... 

kawan ? hmmm.. jujurnya kawan2 matrik aku memang the best laa. bukan aku kata kawan-kawan aku kat sini tak best , ada yang best dan ada yang annoying ! ahaha.. and the most important thing , aku tak jumpa kawan macam Diba ! arghhhh.. diba je selalu paham aku.. walaupun sometimes aku ngn diba nie tak sekepala. hehe..

satu aku tak suka makanan kat sini tak best sangat.. tak ayam , ikan .. tu je ? errr. kalau kat matrik , sotong ada , udang ada , daging ada .. macam2 la. sini ayam ngn ikan jewww.. memang johor takda udang , sotong ea. haha ! tp ayam sini best ! macam kepci.. haha. ctea pasal makanan la pulak. hehe

dan paling aku tak suka kat sini kena rebut bas. huh ! paling tak suka.. padat macam tin milo. huhh. berebut2 macam budak tadika pun ada.. tunggu la tahun ke-2 nanti , akanku import skuter ku ke bumi Johor ini .. haha. takyah dah nak rebut2 bas bagai. lagi bagus kalau dapat bawak kereta ke sini. ibarat macam Johor ini aku yang punya ! hahahaha!

oke ! out of idea sudah. akan ku kembali suatu hari nanti dengan cerita yang baru.. hewhewhew :)

* Anak Perak Di Bumi Johor *


Tuesday, June 25, 2013

♥♥ someting to share ♥♥

hello blogger and pembaca semua ! kali nie aku tertarik nak post apa yang kak Iman Jozannerz post. i just copy n paste what she said about Jozan :D

Mohd Yazid Lim.

Nama ini nampak begitu asing sekali jika disebut tanpa dipapar gambar tuannya. Mungkin ada yang tak menyangka ini nama sebenar bagi jejaka pemilik rambut kembang merangkap anak sedara Salih Yaakob ini.

Mana tumpahnya kuah kalau tak nasi. Masa awal kemunculannya nya dulu memang nampak identiti Pak Sedara tu ada dalam diri. Namun hari demi hari, dia terus membina identitinya sendiri. Johan. Ya. Dia memang Johan kalau bab bab spontan dan lawak ni. Seiring dengan nama, semoga kejayaan terus menjadi miliknya.

Ada kala, namanya tenggelam dalam watak ciptaan sendiri. Mak Jemah. Ah Chai Cin Cai Bo Cai. Fifi Fairuz Fuyyo. Itu antara yang terkenal sehingga hari ini. Mak Jemah sana sini. Bukan tahap budak budak tadika je yang minat Mak Jemah ni, budak budak tahap universiti pun terikut-ikut sekali.

Pada aku, dia antara insan insan hebat yang aku jadikan Idola. Mungkin ada yang sinis. Artis. Ada apa dengan mereka? Setakat populariti tu tak kemana. Itu dunia. Dunia semata. Siapa kita menghukum mereka? Sedang kita juga tak tahu kemana tujunya kita di akhirat sana. Pada aku tak salah selagi aku tahu beza MINAT dan MEMUJA. MEMUJA samalah dengan kamu menduakan TUHAN yang kamu ada. Itu menempah neraka jawabnya.

Yang aku hormat ialah sikap dan prinsip nya. Pada dia, keluarga tetap utama. Bagi aku, itu baru LELAKI namanya. Sayang anak bini biar apa orang nak kata. Keluarga pertama lepas tu kerjaya. Sebab tu tak semua offer semudah itu dia terima. Dikata memilih dia kisah apa. Yang penting dia tahu apa kehendaknya.

Dia kuat. Luar dan dalamnya. Berkali jatuh bangkit semula. Tegar! Biar apa saja orang nak kata. Kerana dia memilih seni sebagai jalan berkarya maka segala halangan dia kuatkan tekad dan terus mara. Siapa sangka selepas kes gelas puaka, dia rupanya masih diterima. Satu sebab, bakat yang dia punya. Hanya dia yang ada.

Pada aku, ideanya terlalu banyak dalam kepala. Sehingga kita langsung tak boleh jangka. Sebab tu kalau tak pandai mengawalnya, memang merapu rapu tak tentu hala. Zizan jer yang pandai neutralkan dia. Pergi jauh ditarik semula. Supaya tak tersasar dijalanya.

Kontroversi banyak menimpa. Tapi alhamdulillah dia masih punyai peminat setia. Yang memberi sokongan dalam apa jua cara. Memberi ssemangat yang tak terperi nilainya.

Buat Johan. Tulisan ini memang Iman tujukan untuk anda. Tapi mana bisa kau mungkin baca isinya. Semoga satu hari nanti, kita berjumpa semula dan ingin kunyatakan betapa aku bersyukur punyai kau sebagai IDOLA.


Dia dan Zizan jauh berbeza. Bagai Selatan dan utara yang tak pernah berjumpa. Siang dan malam yang tak mungkin bisa bersama. Tapi berbeza tak semestinya tak boleh cipta keserasian berdua.

Malah yang berbeza itulah yang melengkapi kekurangan dan mengimbangi kelebihan. Sebab tu ada kala nampak mereka sempurna berdua. Siapa kata dia tak sayang sahabatnya. Siapa kita tuk menilai mereka. Tak bergurau tak bermakna dia lupa. Tak bersama tak maksud mereka sengketa. Resam dunia. Kalau tak gaduh tak bestla. Tapi gaduh gaduh pun, akhir nanti berbaiklah semula.

Dia bukan insan yang manis mulutnya. Ucap sayang bila jumpa. Semua tu begitu mahal padanya. Tapi untuk orang yang dia sayang, dia berkelakuan berbeza. Siapa sangka segarang garang Johan jadi lembut bila Zizan bersama. Kemunculan di MLM akhir tu tak siapa boleh lupa. Sakit di kaki dia lupa. Dia disitu bukan hanya sebab keluarga tapi sebab JANJI pada sahabat kesayangannya. Dan kemenangan tu lebih manis saat diterima berdua. 

Teringat istilah 'hanya kita yang memahami kita'. Iya. Itu sesuai buat mereka. Apa yang mereka guraukan. Siapa yang mereka bahankan. Itu semua dalam dunia yang mereka dah cipta sejak tujuh tahun lamanya.

Yang penting, terus doakan Johan dan Zizan menjadi sahabat selamanya. 

======================================================================= 

ZIZAN RAZAK.

Nama yang tak asing lagi dalam kalangan wanita seMalaysia aku kira. Baik yang baru nak mengenal tulis dan baca tapi Zizan Razak dulu disebut sebut tiap masa. Baik si dara mahupun yang dah berumah tangga. Malah nenek nenek si bongkok tiga juga mungkin suka akan dia.

Sepanjang mengenalinya secara jarak jauh memang diakui anak jati Terengganu ini bekerja keras untuk mencapai tahap tertinggi dalam perjalanan karya seni nya. Wajah yang bisa buat ramai anak gadis tergila-gila. Mengidam nak dijadikan imam dan ketua keluarga.

Jumpalah dia kali pertama, yang pasti dia boleh buatkan anda jatuh cinta. Itu pengalaman yang bisa saya kongsi bersama. Dia baik dan sangat menjaga tutur kata. Memang cair hati mak-mak mertua.

Tapi apa yang aku suka pada nya ialah cara DIA dan JOHAN bila berdua. Tak segan silu nak katakan YA, AKU SAYANG DIA. Itu tak semua lelaki boleh lakukan pada sahabat mereka. Mungkin ada. Mungkin juga tiada.

Tak ramai lelaki yang begitu berani tampil dihadapan ribuan peminat dan mencium pipi sahabat kesayangannya. Siapa mahu dilabel GAY terutama bila di Malaysia, keadaan ini dianggap luar biasa. Tapi semuanya, bukan atas dasar NAFSU yang tak tentu hala tapi atas dasar menghargai pengorbanan Sang Sahabat yang begitu setia.

Manja. Itu salah satu sifatnya. Tapi ni bukan manja mengada-ngada. Manja tu lagi terserlah bila Johan ada bersama.

Zizan Razak. Lagi yang aku suka pasal dia. Kalau nampak Johan, orang lain dia lupa. Program Super Spontan jadi bukti yang nyata. Pergi pada Johan untuk memberi semangat dan sokongan yang ada. Bersorak bersama tanda meraikan kemenangan kumpulan lawannya. Haha.

Semangat persahabatan tu memang lebih ketara selalunya pada dia. Sebab Johan jenis yang diam diam tapi tetap menyerlah sayang pada sahabatnya. Cuma perlu paham dengan caranya.

Pada Zizan Razak, mustahil untuk anda membaca ini, tapi ketahuilah ada ribuan peminat sangat teruja tiap kali anda dan Johan berdua. Tiap kali Johan,anda bawak dalam pelukan, tiap kali itulah kami bersorak kegembiraan.

Pada setiap kalimah sayang yang anda ucapkan, buat kami tersentuh dengan sendiri. Ada kalanya menangis walau kami tak tahu mengapa itu terjadi.

Dan, untuk pengorbanan anda bertahan berminggu minggu keseorangan di MLM yang lalu, tak cukup dengan terima kasih, anda selayaknya mendapat lebih dari itu.

Buat Zizan Razak, teruslah mengorak langkah dalam industri ini. Anda insan berbakat dan ikutlah resmi padi. Pasti anda lebih dihormati. 
=======================================================================

mungkin ada orang menganggap kenapa mesti aku minat lebih dekat Jozan nie. hanya orang yang betul2 mengikuti perkembangan mereka je pasti tahu kenapa mesti minat mereka. tak salah kita meminati artis asalkan kita tak langgar perintah Allah. aku tahu semua itu.. aku suka baca tulisan2 yang ditulis kak Iman nie. ayat2 dia sangat terbaik :D

credit to : kak Iman Jozannerz 


akhirnya aku berjaya berjumpa dengan kedua-duanya dalam satu majlis :D